Tarikh artikel: 
31/08/2021

Cara untuk Mula Promosi

Selepas anda aktifkan akaun dropship di website arasilmu.com, klik pada bahagian Katalog dan kenal pasti buku yang anda ingin promosikan. Anda dibenarkan memuat turun (download) cover dan content setiap buku yang ada. Kemudian, copy sinopsis dan maklumat buku untuk dimasukkan ke ruangan platform jualan anda.

Anda juga boleh save gambar dan penerangan yang disediakan di dalam Telegram Bahan Promosi untuk kegunaan promosi dan jualan.

Seterusnya, promosikan buku-buku tersebut di platform jualan atau marketplace anda (Baca di sini). Setelah pelanggan berminat dan pembayaran telah dibuat mengikut harga jual anda termasuk bayaran bagi kos penghantaran, buat pesanan di website arasilmu.com.

Semasa membuat pesanan di sistem dropship kami, pastikan anda memasukkan maklumat penghantaran iaitu alamat pelanggan anda pada bahagian Checkout dengan tepat. Kemudian, teruskan membuat pembayaran kepada kami mengikut harga diskaun dropship anda seperti yang dipaparkan. Kami akan mula memproses pesanan anda setelah kami menerima pembayaran daripada anda dan pesanan akan dihantar terus kepada pelanggan anda.

Sertai dropship kami

Jana pendapatan dengan menjual buku dari rumah tanpa pegang stok. Anda jual, kami poskan. 
Daftar Dropship
cartupload linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram