Tarikh artikel: 
31/08/2021

Pengiraan Margin Untung Jualan

Margin untung bagi setiap buku telah siap dikira untuk ejen dropship dan ditunjukkan pada setiap pilihan buku dalam sistem dropship. Anda hanya dapat melihat margin untung setelah anda log masuk ke sistem dropship.

Ini margin keuntungan bagi sebuah buku sekiranya ejen dropship menjual dengan harga pasaran (harga penuh) kepada pelanggan. Ejen dropship boleh memberi diskaun kepada pelanggan, asalkan masih lagi mendapat untung.

Contoh situasi:

Harga pasaran sebuah buku Akhlak Rasulullah Jilid 1 ialah RM 55.00. Anda memberi diskaun sebanyak 10% kepada pelanggan yang membeli buku tersebut. Jadi, harga jual adalah RM 49.50.

Formula mengira keuntungan

Untung = Harga jual - Harga dropship

RM 49.50 - RM 22= RM 27.50

Sekarang, jumlah untung bagi sebuah buku ialah RM 27.50. Sekiranya anda menjual sebanyak 10 buah buku ini dalam masa sehari, untung bersih yang anda dapat adalah RM 275.00.

Bayangkan jika anda dapat menjual 100 buah buku dalam masa 10 hari. Jadi, keuntungan yang anda peroleh dalam masa 10 hari melalui program dropship ini adalah RM 2750.00.

Ini sekiranya anda memberi diskaun kepada pelanggan anda. Jika boleh jual harga penuh, margin untung juga akan tinggi.

Sertai dropship kami

Jana pendapatan dengan menjual buku dari rumah tanpa pegang stok. Anda jual, kami poskan. 
Daftar Dropship
cartupload linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram