Secara mudahnya, dropship bermaksud anda menjual produk dan kami akan hantarkan produk kepada pelanggan anda. Anda tak perlu simpan stok, tak perlu beli stok awal dan tak perlu proses pesanan. Kami lakukan semua itu untuk anda.
Jadi, anda hanya perlu promosi dan iklankan sahaja produk di laman sosial, marketplace dan sebagainya. Anda akan mendapat keuntungan setiap produk yang terjual serta merta setelah pelanggan membuat pembayaran kepada anda dan setelah pesanan dibuat kepada kami dengan mengira harga dropship anda.