Tarikh artikel: 
31/08/2021

Platform Menjual & Marketplace

Platform menjual yang dimaksudkan di sini ialah tempat yang ejen dropship boleh gunakan untuk promosikan produk. Sama seperti kedai, yang mana tempat untuk menjual tetapi bagi program dropship ini, ejen dropship hanya lakukan bisnes ini secara online dari rumah sahaja.

Antara platform yang boleh difokuskan untuk mempromosikan atau menjual produk ini ialah:

  • Facebook
  • Instagram
  • Channel Telegram
  • Whatsapp

Anda juga boleh menjual secara direct selling dengan mempromosikan kepada saudara mara, rakan sekerja dan sebagainya.

Selain itu, kami menggalakkan anda untuk membuat jualan online di marketplace. Marketplace adalah laman membeli-belah secara online. Boleh dikatakan macam shopping mall.

Sekarang, marketplace yang famous dan ramai ejen dropship lain di luar sana yang telah berjaya mengaut keuntungan berganda-ganda melalui jualan online adalah:

  • Shopee
  • Lazada
  • PGMall

Kesemua marketplace ini banyak mengadakan promosi-promosi menarik. Jadi, ini akan menggalakkan pembelian daripada pengunjung. Oleh itu, secara tidak langsung sasaran pelanggan untuk membeli di kedai online anda juga tinggi.

Sebagai marketplace friendly supplier, sistem kami menerima kaedah untuk upload Airway Bill (AWB). Kaedah ini akan mencatatkan terus nombor pesanan pada setiap AWB. Jadi, dengan kaedah ini dapat mempercepatkan urusan pemprosesan pesanan anda.

Sertai dropship kami

Jana pendapatan dengan menjual buku dari rumah tanpa pegang stok. Anda jual, kami poskan. 
Daftar Dropship
cartupload linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram