Tarikh artikel: 
18/08/2021

Bagaimanakah cara mengira keuntungan setiap produk terjual?

Formula untuk mengira untung setiap produk terjual adalah seperti berikut.


Harga jual - Harga dropship = Untung

Contoh situasi 1:

Encik Ahmad telah menerima pesanan buku Formula Solat Berkualiti daripada pelanggannya. Harga pasaran buku tersebut ialah RM 45. Beliau mendapat diskaun harga dropship sebanyak 30% . Jadi, harga buku yang dibayar semasa membuat pesanan di website arasilmu.com ialah RM 31.50. Keuntungan yang diterima adalah RM 13.50.

Ringkasan keuntungan yang diterima oleh Encik Ahmad adalah seperti berikut.

Harga pasaran = RM 45
Harga & diskaun dropship = RM 31.50 (Selepas mendapat diskaun 30%)

Harga jual - Harga dropship = Untung
RM 45.00 - RM 31.50 = RM 13.50

Contoh situasi 2:

Puan Farhah telah menerima pesanan buku Muqaddam Juzuk Amma sebanyak 2 buah daripada pelanggannya. Harga pasaran buku tersebut ialah RM 65. Beliau mendapat diskaun harga dropship sebanyak 30% . Jadi, harga sebuah buku yang dibayar semasa membuat pesanan di website arasilmu.com ialah RM 45.50. Margin untung bagi sebuah buku adalah RM 19.50.

Namun begitu, Puan Farhah telah memberi diskaun sebanyak 10% setiap buku tersebut. Jadi, pengiraan keuntungan terkini adalah seperti ringkasan berikut:

Harga pasaran = RM 65
Harga & diskaun dropship = RM 45.50 (Selepas mendapat diskaun 30%)

Harga jual sebuah buku kepada pelanggan = RM 65
Puan Farhah memberi diskaun 10% kepada pelanggan = RM 6.50


Harga jual - Harga dropship = Untung
RM58.50 - RM 45.50 = RM 13 (Sebuah buku)

Jumlah keuntungan bagi 2 buah buku = RM 26

Sekiranya Puan Farhah menjual kepada pelanggan pada harga pasaran iaitu RM 65, maka keuntungan yang diterima bagi 2 buah buku adalah RM 39.

Sertai dropship kami

Jana pendapatan dengan menjual buku dari rumah tanpa pegang stok. Anda jual, kami poskan. 
Daftar Dropship
cartupload linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram