Tarikh artikel: 
18/08/2021

Bagaimana cara bisnes dropship berfungsi?

Bisnes dropship ini memudahkan anda untuk menjual dan mendapat keuntungan tanpa perlu fikirkan segala urusan yang berkaitan dengan produk secara langsung. Semuanya akan diuruskan oleh kami. Anda akan mendapat keuntungan terus setelah pelanggan membuat pembayaran kepada anda.

  1. Anda mengiklankan produk dan membuat promosi.
  2. Pelanggan berminat dan membuat pembelian dengan anda
  3. Anda membuat pesanan di website arasilmu.com dan memasukkan maklumat pelanggan
  4. Kami akan proses pesanan dan hantarkan kepada pelanggan anda

Anda hanya perlu mengiklankan produk di kedai online anda. Setelah pelanggan membeli produk, anda perlu membuat pesanan tersebut di website arasilmu.com dan pembayaran dibuat kepada kami dengan harga diskaun yang anda terima.

Seterusnya, urusan pembungkusan dan penghantaran akan diuruskan oleh pihak kami.
Oleh kerana anda telah membayar pada harga diskaun kepada kami, maka secara automatik lebihan duit yang masuk dalam akaun anda adalah dikira sebagai untung anda bagi jualan tersebut.

Mudah, kan?

Sertai dropship kami

Jana pendapatan dengan menjual buku dari rumah tanpa pegang stok. Anda jual, kami poskan. 
Daftar Dropship
cartupload linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram