Anda sudah terima pesanan pertama daripada pelanggan? TAHNIAH! Langkah-langkah di bawah merupakan cara mudah untuk anda mula membuat pesanan di sistem dropship kami.
Semua pesanan dibuat di website arasilmu.com. Oleh itu, anda mesti log masuk dahulu sebagai ejen dropship sebelum membuat pesanan.
Anda juga boleh klik di sini untuk log masuk.
Pilih buku yang pelanggan anda kehendaki dengan klik pada "KATALOG" atau anda boleh menaip tajuk buku pada bahagian cari dan klik "ADD TO CART".
Klik “CART” dan pesanan anda akan dipaparkan. Anda diingatkan untuk menyemak semula pesanan tersebut agar tidak berlaku kesilapan.
Setelah semua pesanan anda betul, klik "PROCEED TO CHECKOUT".
Pada bahagian ini, anda perlu memasukkan maklumat pelanggan anda untuk tujuan penghantaran. Pastikan maklumat yang diisi adalah tepat.
Anda boleh menyemak semula maklumat pesanan anda kali terakhir sebelum membuat pembayaran. Klik "PAY" dan mula membuat pembayaran mengikut kaedah pembayaran yang telah anda pilih.
**Semua data peribadi anda dilindungi dan tidak dipaparkan kepada pihak luar
Tahniah! Anda telah berjaya membuat pesanan pertama. Selamat maju jaya dalam bisnes buku di arasilmu.com.