Description
Penggunaan rasmi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2017 memerlukan persiapan rapi dan teliti di kalangan pengusaha, pendukung dan pendidik prasekolah. Pelbagai latihan, bengkel dan kursus sama ada berbentuk visual, audio , verbal atau bahan bercetak dijalankan atau diterbitkan bertujuan mendedahkan pemahaman, aplikasi dan penghayatan KSPK 2017. Buku Panduan Rancangan Pengajaran Prasekolah ini adalah merupakan sebahagian daripada usaha yang boleh dilakukan bagi menyumbang dan menatarkan KSPK 2017, khususnya berkaitan perancangan tahunan yang releven dengan cabaran Pendidikan Abad ke-21. Perancangan yang dicadangkan ini adalah bersifat tentatif dan boleh diubah suai mengikut keperluan. Semoga usaha kecil ini oleh Panel Aktivitis Prasekolah Prihatin yang diketuai oleh Ishak Alishah Ahmad, pensyarah kanan IPG KPI dapat memberikan makna kepada guru bagi mendorong ke arah kemenjadian murid yang seimbang, menyeluruh dan mulia. Hubungi [email protected] untuk sei pencerahan melalui bengkel, perundingan atau latihan.
Reviews
There are no reviews yet.