Zakat Kontemporari Perluasan Sumber Dan Konsep Asnaf
RM39.00 RM10.00
Buku ini merupakan hasil kajian para pengkaji Institusi Kajian Zakat Malaysia (IKaZ), Universiti teknologi mara. Dana pembiayaan kajian adalah daripada geran "Fundamental Research Grant scheme" (FRGS). Kementerian Pengajian Tinggi Maaysia dan juga Jabatan Wakaf zakat dan Haji (JAWHAR) di Jabatan Perdana Menteri. Hasil kajian ini dibukukan berdasarkan empat bahagian iaitu Fatwa dan Pengurusan Zakat di Asia tenggera, Sumber-sumber Zakat, Peluasan Konsep Asnaf dan Agihan Zakat. Buku ini dimulakan daripada aspek kefatwaan Fiqh zakat Asia Tenggara. Penulisan ini berasaskan pengamatan di Malaysia bahawa kefatwaan telah memainkan peraanan yang cukup signifikan dalam meningkatkan kesedaran dan rasa kebertanggungjawaban umat terhadap syariat Islam, khusunya Zakat. Keyakinan masyarakat kepada Mufti dan Institui fatwa menjadi teras penerimaan dan pematuhan kepada penunaikan zakat berdasarkan fatwa yang dikeluarkan. Perbahasn buku ini dilanjutkan dalam perkara yang berkaitan dengan sumber-sumber baru zakat di Asia Tengara. Karya ini amat penting kerana ini merupakan satu penerokaan yang signifikan untuk diperhalusi bagi memperluaskan sumber zakat. Terdapat ijtihad baru dalam menentukan sumber-sumber baru zakat di asia tenggara. terdapat juga ruang untuk memperluaskan zakat, teteapi tidak daripada segi pelaksanaan memerlukan pentarjihan dan pengurusan sumber zakat sedia ada.
✔ Baki 86 naskhah lagi! (22.12.24)
Deleting file, please wait...
Reviews
There are no reviews yet.