Fikrah Siddiq Fadzil: Citra Budaya dan Peradaban Melayu-Islam (Hardcover)

RM65.00

Buku Fikrah Siddiq Fadzil: Citra Budaya dan Peradaban Melayu-Islam merupakan himpunan cetusan apresiasi mendalam penulis terhadap kehadiran Islam ke Alam Melayu yang dianggapnya sebagai sebuah anugerah Allah S.W.T. yang amat berharga. Menyedari bahawa khazanah yang ditinggalkan Islam belum sepenuhnya dimanfaatkan oleh umat manusia maka di sinilah bermulanya pena Siddiq Fadzil beraksi merakamkan seluruh naratif berhubung dengan sejarah kedatangan, penyebaran Islam di rantau Alam Melayu.

Sebagai seorang Ilmuwan dalam pelbagai bidang ilmu di samping sarjana dalam bidang budaya, bahasa dan sastera, beliau telah mencurahkan pemikirannya dalam bingkai Islam sebagai raḥmatan lil-‘ālamīn, yang memanusiakan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi.

Kehadiran Islam terhadap manusia menerusi proses taḥrīrī: bebas daripada sebarang perhambaan, kecuali menghambakan kepada Allah, diikuti dengan proses tanwīrī, yakni pencerahan nilai-nilai Islam menerusi penguasaan ilmu dan proses taghyīrī, yakni perubahan sikap dengan memperbaiki diri menerusi usaha dan tindakan.

Atas bingkai inilah, sebanyak empat puluh dua bab dihurai dan dibahas beberapa persoalan dan isu yang dihadapi dalam empat tema: pertama, Pertumbuhan Budaya Islam dan Peranan Para Ilmuwan; kedua, Pemerkasaan Bahasa, Sastera, Budaya dan Transformasi Sosial; ketiga, Islam dan Isu-isu Politik dan keempat, Cabaran dan Harapan.

✔ Baki 70 naskhah lagi! (28.03.24)

Category:

Spesifikasi

Berat 0.9 kg
Saiz Bungkusan 9 × 6 × 1 cm

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

Sertai dropship kami

Jana pendapatan dengan menjual buku dari rumah tanpa pegang stok. Anda jual, kami poskan. 
Daftar Dropship
cartupload linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram