Pengalaman Mengajarku Erti Kehidupan
RM29.00
71 tahun merupakan satu tempoh masa yang cukup lama untuk menggali pengalaman. Lain orang, lain pula jalan yang dilaluinya, dan lain juga pengalaman yang dikutipnya. Begitu juga dengan penulis.Penulis melalui fasa sebelum Malaysia merdeka, yang kehidupannya serba-serbi sukar. Berpanas. bergelap pada waktu malam sudah mangli dalam diri penulis kerana tiadanya kemudahan elektrik. Berjalan kaki ke sekolah dengan jalan tidak berturap beberapa kilometer sehari itu juga sudah menjadi perkara biasa. Dalam kepayahan itu, penulis berjaya menempatkan diri di Universiti al-Azhar sebelum menyambung pengajian di St. Andrew, United Kingdom. 11 tahun berada di perantauan telah membuka mata penulis dalam banyak perkara. Pulang ke Malaysia, penulis menabur bakti mendidik anak-anak bangsa di Universiti Kebangsaan Malaysia. Tahun demi tahun, penulis membina keluarga, menyertai gerakan Islam dan mengutip lebih banyak lagi pengalaman.
✔ Baki 93 naskhah lagi! (23.11.24)
Deleting file, please wait...
Reviews
There are no reviews yet.