Kami uruskan semuanya

Tambah pendapatan melalui bisnes dropship dengan kos permulaan serendah RM20 tanpa perlu membeli stok lebih awal.

Kos Sara Hidup Semakin Meningkat!

Pandemik mengubah hidup kita sekelip mata. Sudah hampir dua tahun sejak kita pertama kali mendengar wabak Covid-19 ini melanda dunia dan negara. Hidup berubah 180 darjah. Yang dahulunya dalam kelompok T20 kini menjadi B40. Ramai yang hilang pekerjaan. Ramai ahli keluarga yang hilang punca pendapatan. Tapi kita teguh hadapi cabaran yang mendatang.

Baru  mampu bernafas sedikit, kita mula mendengar dan membaca berita harga barang semakin meningkat. Kadar inflasi juga semakin meningkat. 74% pencarum  KWSP hanya memiliki simpanan RM10,000 ke bawah (RM54 sebulan). 

Hujung terowong pandemik Covid-19 masih belum kelihatan. Nak menunggu dan berharap bantuan? Sampai bila?

Apa yang boleh kita lakukan?


Tambah Pendapatan

Ini adalah masa yang penting untuk menambah pendapatan anda! Dengan program dropship kami, anda boleh mulakan perniagaan buku dengan kos serendah RM20 sahaja (Pakej Basic) atau RM30 (Pakej Advance). 

Anda tidak perlu membeli stok awal. Dapatkan jualan, beli dari kami dan kami akan poskan terus ke alamat pelanggan anda.

Apa itu dropship?

Secara mudahnya, dropship bermaksud anda menjual produk, dan kami akan hantarkan produk ke pelanggan anda. Anda tak perlu simpan stok, tak perlu beli stok awal, tak perlu proses order. Kami lakukan semua itu untuk anda.

1.

Promosi

Buat promosi pada pelanggan.

2.

Jual

Pelanggan membuat pembelian dengan anda.

3.

Beli/ Order

Anda buat pembelian pada harga diskaun di sistem dropship kami dan masukkan maklumat pelanggan.

4.

Hantar

Kami akan proses order dan hantarkan terus ke pelanggan anda
Dengan kaedah dropship, anda hanya perlu fokus pada aktiviti promosi dan menjual sahaja. Pemprosesan order, pembungkusan dan penghantaran, kami akan uruskan bagi pihak anda. 

Bagaimana anda membuat untung?

Ejen dropship boleh menjual buku-buku kami pada harga diskaun atau harga runcit (retail) yang ditetapkan.  Keuntungan ejen dropship dibuat berdasarkan perbezaan harga (diskaun) ejen dropship dan harga jualan kepada pelanggan. 

Contoh kiraan untung:

Harga Runcit (Retail) Buku Juzuk Amma:  RM65.00
Harga Diskaun Dropship (Advance): RM48.75
Margin untung: RM16.25 (25%)

Ejen Dropship beri diskaun 10% kepada pelanggan: RM6.50
Harga jual ejen dropship: RM65-RM6.50 = RM58.50

Untung (Harga Jual - Harga Dropship)
RM58.50-RM48.75 = RM9.75 

Jika jualan anda RM10,000 sebulan. Dengan kadar diskaun 25-30% anda boleh menjana pendapatan RM2,500 - RM3,000 sebulan!

Semua urusan pembelian boleh dibuat 24 jam sehari, 7 hari seminggu dengan mudah secara atas talian (online) di sistem dropship kami yang mesra ejen dropship. 

Siapakah kami?

Dropship arasilmu.com dimiliki sepenuhnya oleh Aras Mega (M) Sdn Bhd
Aras Mega (M) Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat penerbitan yang berpengalaman selama lebih 34 Tahun dalam dunia penerbitan di Malaysia. 

Kami telah memulakan jualan atas talian (E-Commerce) kami sejak tahun 2009 dan sejak setahun yang lepas ramai bertanyakan untuk menjadi ejen dropship buku-buku kami. 

Bagi merealisasikan permintaan ejen dropship, kini kami membuka program dropship kami sendiri dibawah nama arasilmu.com. 

Apa Kata Dropshipper Yang Telah Sertai kami?

En Abd Azzim Bin Abdul Kuddus

Kerja seller especially untuk upload listing di shopee lebih mudah bila arasilmu sediakan mass upload template ini.

Pn Siti Norhazirah bt nasir

Saya bukak file tu (File mass upload) tengok semua maklumat dan gambar okay je lengkap. Format dia pun tersusun, jadi senang nak download. Tak leceh.

Pn Nik Liyana Binti Nik Ahmad

Saya join belum sampai sebulan, Alhamdulillah dah dapat 4 sales. Saya suka dengan Al-Quran Juzuk Amma dan Kamus al-Irfan. Mudah jual...

Yang paling saya suka admin bagi mass upload produk. masya Allah sangat memudahkan. Admin pun sangat mesra dan rajin bertanya khabar di group (group Support). 

Pn Hilyat Mahfot

Alhamdulillah dari semasa ke semasa telah ada penambahbah baikan dalam sistem order di aras ilmu. Semakin mudah untuk submit order sekarang. Group support pun banyak membantu & cepat respond. Semua info up to date.

Mohamad Afif Shafiq Bin Nor Azman

Pengalaman menggunakan website arasilmu.com sgt mudah. Membantu agent untuk membuat tempahan pelanggan dengan cepat. 

Group support team juga sngt membantu agent menyelesaikan masalah. Ada tips dan cara mudah untuk berniaga di shopee. Margin jualan buku juga sangat berbaloi.

Pilihan pakej dropship

Pakej Dropship

Setiap ejen dropship akan dibekalkan dengan panduan 'Starter Kit' untuk memulakan bisnes dropship, bahan pemasaran dan grup support di telegram.

Advance

Diskaun sehingga 30% untuk semua barang mengikut kategori. Rujuk jadual di bawah.

RM30

/seumur hidup
Daftar Advance

Basic

Diskaun sehingga 15% untuk produk popular sahaja. Rujuk jadual di bawah.

RM20

/seumur hidup
Daftar Basic

Perbandingan Pakej

Perbandingan antara Pakej Dropship Basic dan Advance

Advance

RM30

/seumur hidup
Group Sokongan (Telegram)
Buku Popular
20%
Buku Baharu
15%
Buku Eksklusif
20%
Buku Lelong
30%
Free Shipping*
Free Training*
Daftar Pakej Advance
(Anda akan dibawa ke arasilmu.com)

Basic

RM20

/seumur hidup
Group Sokongan (Telegram)
Buku Popular
15%
Buku Baharu
Buku Eksklusif
Buku Lelong
Free Shipping*
Free Training*
Daftar Pakej Basic
(Anda akan dibawa ke arasilmu.com)
homeapartment